Falsafah
Pendidikan Negara
Suatu
falsafah telah digubal pada 1987 dan diperkenalkan pada 1988 iaitu Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). Namun begitu, FPN ini telah dimurnikan pada 1996 dan
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut adalah pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ......;
“Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
Jadi, bagaimanakah keberkesanan yang terhasil daripada falsafah yang telah lebih dari sedekad diperkenalkan itu pada masa kini... Sekadar renungan untuk kita fikirkan bersama.
Jadi, bagaimanakah keberkesanan yang terhasil daripada falsafah yang telah lebih dari sedekad diperkenalkan itu pada masa kini... Sekadar renungan untuk kita fikirkan bersama.